top of page

Bomba selamatkan 5 lelaki terperangkap banjir di Tenom

nabalunews

15 Disember 2024


TENOM : Lima lelaki yang terperangkap dalam banjir di Kampung Tumantalik, di sini, diselamatkan bomba, pada Sabtu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.09 petang.


Katanya sepasukan 6 pegawai dan anggota dari BBP Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 7 kilometer dari balai.


"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati benar terdapat 5 orang lelaki dewasa terperangkap dalam banjir di Kampung Tumantalik, Tenom.


"Pasukan bomba bertindak membuat 'size up' dan seterusnya menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan 5 orang lelaki dewasa tersebut dengan menggunakan bot penyelamat ke tempat yang selamat.


"Setelah mangsa banjir berjaya dikeluarkan dari kawasan banjir dan dipindahkan ke rumah saudara mangsa dan memastikan tidak wujud bahaya lain, operasi bomba ditamatkan jam 2.34 petang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page