Bomba tangkap biawak di Bandar Sandakan

14 Ogos 2024
SANDAKAN: Khidmat pasukan bomba bukan hanya diperlukan untuk memadam kebakaran dan tugas-tugas menyelamat, malah kepakaran mereka juga ditagih untuk operasi khas lain.
Pagi tadi, Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan telefon daripada penduduk Bandar Sandakan yang memaklumkan terdapat seekor biawak yang berkeliaran di hadapan sebuah bank.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran haiwan itu jam 8.32 pagi tadi.
Katanya sepasukan 6 anggota dari
BBP Sandakan dikerah ke lokasi yang terletak 5 kilometer dari balai.
Bomba mengambil masa kira-kira 8 minit untuk menangkap biawak berkenaan.
"Operasi menangkap biawak dilaksanakan di hadapan Alliance Bank Bandar Sandakan dengan menggunakan peralatan khas. Seterusnya biawak dilepaskan ke habitat asal dengan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 8:48 pagi
Comments