top of page

Bomba Tawau bantu 7 mangsa banjir di Jalan Quoin Hill

  • nabalunews
  • Sep 3, 2024
  • 1 min read



3 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Tujuh mangsa banjir yang terperangkap di Batu 17, Jalan Quion Hill di sini, susulan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini, dipindahkan pasukan bomba Tawau ke lokasi selamat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mereka terdiri daripada seorang wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.


Menurutnya, sepasukan enam anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.30 pagi.


Katanya, pihaknya tiba di tempat kejadian jam 8.36 pagi dan segera bertindak mengeluarkan mangsa serta memindahkan mereka ke tempat selamat.


"Pasukan bomba turut melakukan pemantauan banjir di kawasan tersebut, sebelum menamatkan operasi pada jam 9.25 pagi," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page