BOMBA TAWAU SELAMAT RM108.2 JUTA HARTA BENDA TAHUN LEPASBOMBA TAWAU SELAMAT RM108.2 JUTA HARTA BENDA TAHUN LEPAS
top of page
  • nabalunews

BOMBA TAWAU SELAMAT RM108.2 JUTA HARTA BENDA TAHUN LEPAS



4 JAN 2021


TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM108.2 juta daripada 164 kebakaran yang berlaku di daerah itu sepanjang tahun lepas.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Zulbada Alior berkata tindakan pantas anggota jabatan itu membolehkan nyawa serta banyak harta benda dapat diselamatkan dalam tempoh tersebut.


"Walaupun kita berdepan dengan penularan wabak, adalah diingatkan supaya masyarakat tidak lalai sehingga mengundang kebakaran termasuklah (melakukan) penyambungan elektrik secara haram dan ketika memasak di dapur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Sementara itu, Zulbada percaya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas yang mengehadkan pergerakan dan aktiviti masyarakat turut mengurangkan kes kebakaran di Tawau kepada 164 kes berbanding 310 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.


"Jumlah kerugian juga turun kepada RM7.95 juta pada tahun lepas berbanding RM155.68 juta pada tahun 2019," katanya.


Sementara itu, Zulbada berkata BBP Tawau menjalankan 113 sanitasi awam tahun lepas yang merupakan operasi bantuan kemanusiaan dan bencana bagi menangani penularan pandemik COVID-19. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page