Borneo-Higher Education Research Summit 2025 himpun 150 peserta
- nabalunews
- Jul 14, 2025
- 2 min read

14 Julai 2025
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Elsevier telah menganjurkan Elsevier-Borneo Higher Education Research Summit 2025 yang mengumpulkan kira-kira 150 peserta di rantau Borneo, baru-baru ini.
Persidangan yang bertemakan “Innovating through Ideas: Bridging Research and Impact” itu memfokuskan agenda memperkukuh ekosistem penyelidikan dan menyerlahkan peranan penyelidikan akademik dalam memajukan pelancongan lestari dan pemeliharaan budaya.
Selain itu, penganjuran persidangan tersebut turut menggalakkan sesi dialog antara pihak akademik, industri dan pembuat dasar.

Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Mustapha dalam ucapannya berkata, kerjasama strategik antara UMS dan KPT akan dapat meningkatkan kapasiti penyelidikan, kecemerlangan akademik di samping penggunaan data dalam penghasilan keputusan di universitidalam negara.
‘’Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk berada di hadapan dalam aspek inovasi dan kecemerlangan akademik, kepentingan kerjasama antara kerajaan, akademia dan industri untuk mendorong inovasi dalam landskap penyelidikan global yang semakin mencabar,’’ katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata selari dengan slogan “Brain of Borneo”, UMS komited menjadi pusat penyelidikan yang menggabungkan ilmu tempatan dan kecemerlangan akademik yang berpaksikan kearifan lokal yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat menerusi penyelidikan berimpak sosial dan ekonomi.
Menurut beliau, kemajuan teknoogi turut memberi ruang kepada inovasi penyelidikan yang lebih holistik.
“Kemajuan dalam AI dan analitk data boleh dimanfaatkan untuk menangani isu biodiversiti, perubahan iklim dan pembangunan mampan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand Elsevier, Omar Malik selaku penganjur bersama berharap penganjuran persidangan itu akan mengukuhkan lagi ekosistem penyelidikan Borneo dan membina kerjasama yang memberi kesan jangka panjang kepada masyarakat.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Naib Presiden Global Strategic Networks-APAC Elsevier, Dr. Anders Karlsson; Penolong Naib Canselor dan Naib Presiden (Penyelidikan, Inovasi dan Kelestarian) Universiti Brunei Darussalam, Dr. Abdul Hanif Mahadi serta Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit.















Comments