Buaya Terjah Rumah Penduduk Taman Seri Perdana
- nabalunews
- 5 minutes ago
- 1 min read

17 Mei 2025
LAHAD DATU: Penduduk Taman Seri Perdana, di sini, gempar apabila menemui seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter muncul di hadapan pagar sebuah rumah dalam kejadian malam tadi.
Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menangkap haiwan berkenaan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 10.04 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai beesama jentera terus di kerah ke lokasi kejadian untuk membantu penduduk perumahan berkenaan.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati terdapat seekor buaya berada di hadapan pagar rumah pemanggil.
“Pasukan bertindak menangkap buaya berkenaan menggunakan peralatan khas,” kata dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dan operasi ditamatkan pada jam 10.23 malam selepas tiada lagi kemernahayaan lain dikesan.
Katanya, buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Comments