Bukan Kebanggaan, Tapi Amanah" – Saniah Tegas Selepas Melengkapkan AJK Wanita UPKO Kota Belud
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 29 Jun - Proses perlantikan Ahli Jawatankuasa Wanita (AJK) bagi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud untuk sesi 2026-2029 telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pertama pimpinan bahagian pada 23 Jun di Mini Dewan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Kg Piasau, yang telah dipengerusikan oleh Ketua Wanita UPKO Kota Belud, Datin Saniah Tuak.
Menurut Saniah, untuk mesyuarat pertama ini merupakan proses memilih, melantik dwn menyusun semula tugas-tugas dalam Peegerakan Wanita UPKO Kota Belud.
Dalam ucapannya, Saniah menegaskan bahawa perlantikan yang diterima kesemua AJK sesi 2026-2029 bukan sebagai lambang kebanggaan peribadi, sebaliknya satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
"Kami sedar banyak kekurangan dan kelemahan pada diri kami. Justeru, saya memohon doa daripada semua AJK baharu agar kami diberi hikmat dan kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.
Terdahulu, pada 17 Jun lalu, Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Pergerakan Wanita UPKO Bahagian P.169 Kota Belud telah melantik Saniah sebagai Ketua Wanita Bahagian bagi penggal 2026-2029, sekaligus menerajui kepimpinan Wanita UPKO di peringkat bahagian untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Kesemua AJK lain yang turut dipilih dijangka akan menggerakkan pelbagai program dan aktiviti bahagian sepanjang penggal baharu ini, selaras dengan aspirasi perjuangan UPKO dalam memperkasa peranan wanita di peringkat akar umbi.















Comments