BULAN SABIT MERAH KUMPUL 4,760 PAIN DARAH SEJAK MAC LEPASBULAN SABIT MERAH KUMPUL 4,760 PAIN DARAH SEJAK MAC LEPAS
top of page
  • nabalunews

BULAN SABIT MERAH KUMPUL 4,760 PAIN DARAH SEJAK MAC LEPAS


9 NOV 2020


KOTA KINABALU: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah, telah mengumpul sebanyak 4,760 pain darah sehingga Sabtu lepas melalui Program Derma Darah COVID-19, yang dilaksanakan di seluruh Sabah sejak Mac lepas.

Penyelaras Program Derma Darah BSSM Sabah Leslie Chan Boon Siang berkata, inisiatif mengadakan program derma darah di dalam permis BSMM sendiri dilakukan, selepas mendapat maklum balas daripada orang awam mengenai kebimbangan mendapat jangkitan, sekiranya menderma darah di hospital.

“Pada awalnya kami menerima panggilan telefon daripada pihak hospital, untuk membantu dalam mempromosikan kempen derma darah yang dilakukan di hospital.


“Setelah menerima maklum balas mengenai kekangan orang ramai yang bimbang terkena jangkitan sekiranya ke hospital, kami berbincang dengan Unit Perubatan Tranfusi, bagi merangka prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, untuk membuat program derma darah di luar premis hospital,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebanyak 3,553 pain darah dikumpul semasa fasa pertama program berkenaan yang diadakan Mac hingga Ogos lepas.

“Selebihnya sebanyak 1,207 pain darah dikumpul dalam fasa kedua program ini yang bermula September hingga Disember ini. Kita yakin mampu mengumpul lebih banyak pain darah dalam fasa kedua program ini, kerana saya melihat ramai penderma yang telah menghubungi kami,” katanya.


Sehubungan itu, Leslie berkata orang ramai di negeri ini diseru untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah yang agak kritikal di Hospital Queen Elizebeth I, Hospital Kudat dan Tuaran, serta tidak takut menderma kerana pengendalian kelak mengikut SOP yang perlu dipatuhi. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page