Bung akan beri jawapan bertulis status projek naiktaraf jalan utama DUN KadamaianBung akan beri jawapan bertulis status projek naiktaraf jalan utama DUN Kadamaian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Bung akan beri jawapan bertulis status projek naiktaraf jalan utama DUN Kadamaian



23 Sept 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkenaan status semasa projek naiktaraf jalan luar bandar bagi jalan-jalan utama di DUN Kadamaian. Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, ini kerana ada kalanya sesuatu projek yang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 atau ke-12 akan terkeluar daripada senarai apabila tidak dilaksanakan. “Proses dia ini begini, walaupun dia sudah masuk dalam RMKe-11 atau 12, kadang-kadang apabila dia tidak terlaksana dia boleh terkeluar. Jadi perkara ini memang biasa berlaku. Sudah masuk program tiba-tiba tidak ada. “Bagaimanapun, saya akan minta jabatan saya untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ewon, pada persidangan dewan undangan negeri, hari ini. Ewon berkata, senarai yang beliau nyatakan dalam ucapan bahas bukanlah permohonan baharu kerana ada yang sudah masuk dalam senarai RP4 tahun lepas, RP3, dan RP2. “Oleh itu saya ingin tahu status terkini projek-projek itu supaya rakyat Kadamaian memahaminya,” kata Ewon. Adun Kadamaian itu meminta penjelasan daripada Menteri Kerja Raya berkenaan status semasa projek naiktaraf jalan luar bandar bagi jalan-jalan utama di DUN Kadamaian iaitu Jalan Tengkurus Lahanas, Jalan Nahaba Sayap Mansulit, Jalan Taginambur Podos Gensurai, Jalan Gaur Pinolobuh Mangkulat, Jalan Kaung Lobong-Lobong, Jalan Kinasaraban Mandap Doluoh dan Jalan Kebidahan serta status pembaikan jalan utama Kg Kiau ke SK Kiau dan jalan-jalan utama menuju ke sekolah-sekolah di DUN Kadamaian. Sementara itu Bung berkata, kebanyakan jalan raya di seluruh Sabah telah dicadangkan untuk dinaiktaraf secara berperingkat samada menggunakan peruntukan negeri atau persekutuan. “Oleh itu saya meminta Adun Kadamaian dan Adun Telupid berhubung terus kepada pihak JKR Sabah sekiranya ada cadangan jalanraya yang ingin dinaiktaraf,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page