BUNG PERTIKAI TINDAKAN KEMENTERIAN KEWANGAN SABAH TARIK KUASA JKR SELIA JALAN RAYABUNG PERTIKAI TINDAKAN KEMENTERIAN KEWANGAN SABAH TARIK KUASA JKR SELIA JALAN RAYA
top of page
  • nabalunews

BUNG PERTIKAI TINDAKAN KEMENTERIAN KEWANGAN SABAH TARIK KUASA JKR SELIA JALAN RAYA



5 Jun 2021


KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan jalan Majlis Perbandaran Majlis Daerah (MCDC) kini bukan lagi dibawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebaliknya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Jelasnya perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan Kementerian Kewangan tidak mempunyai kepakaran dalam perkara tersebut lebih-lebih lagi dalam soal penyeliaan dan penyelenggaraan jalan.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, lebih mengejutkan perkara tersebut berlaku di luar pengetahuan beliau tanpa ada sebarang perbincangan dengan kementeriannya tentang perkara itu yang jelas menyalahi Arahan Perbendaharan 182.1.

Tambah Bung, tindakan itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kerajaan negeri yang diterajui kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana rekod syarikat konsesi terdahulu tidak menunjukkan peningkatan malah merosot dengan teruk.

Jelasnya lagi, rakyat telah memilih kerajaan hari ini bagi membawa perubahan yang menyeluruh dan sekiranya rakyat tidak mendapat sebarang manfaat dan kebaikan darinya sudah tentu mereka (rakyat) mempunyai pilihan yang jauh lebih baik. Tegas Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan JKR mempunyai kelebihan dan kepakaran yang khusus dalam bidang itu malah sejak menerajui kementerian, rakyat berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

"Mutakhir ini, macam-macam sudah berlaku tanpa pengetahuan saya, sebab itu saya ingin memberitahu rakyat agar tidak 'menunding jari' kepada JKR sekiranya jalan yang diselenggara syarikat konsesi tidak memuaskan kerana ia luar daripada bidang kuasa JKR.

"Sekiranya kerajaan tidak fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan asyik membuat kesilapan, sudah tentu rakyat akan marah dan bosan, dan akhirnya bertindak menukar kerajaan kerana tiada sebarang kemajuan, " jelas Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag. - Utusan Borneo

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page