top of page

Cadangan 13 Kerusi Untuk PKR Berdasarkan Rundingan, Bukan Arahan Pusat

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


27 Mei 2025


KOTA KINABALU: Cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) bukanlah keputusan yang ditentukan pimpinan parti diperingkat pusat.


Sebaliknya, ia adalah hasil perbincangan berterusan bersama rakan politik termasuk Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Demikian tegas, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pensiangan, Mohd Guntur Sangkar sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Anuar Ghani, sebelum ini.


Mohd Guntur berkata, ia dibentuk berdasarkan semangat kerjasama politik yang matang, tanpa mengetepikan peranan parti-parti tempatan.


Katanya, PKR Sabah bukan sekadar sebuah ‘cabang’ yang hanya menurut arahan daripada peringkat pusat secara membuta tuli.


“Sejak penubuhannya, PKR Sabah dibina melalui kerjasama erat antara aktivis tempatan dan pimpinan pusat sehingga menjadikannya sebuah parti nasional yang benar-benar berakar umbi di Sabah.


“Malah, PKR merupakan satu-satunya parti nasional yang secara rasmi meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam perlembagaan parti, jelas ia satu komitmen jelas terhadap hak dan autonomi Sabah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sebaliknya katanya, STAR Sabah seharusnya menilai rekod sendiri sebelum melabel pihak lain sebagai “orang luar politik”.


“STAR pernah bersama Perikatan Nasional, satu gabungan yang secara terang-terangan melemahkan kedudukan Sabah dalam rundingan MA63 dan gagal menunaikan banyak janji pembangunan.


“Hakikatnya, PKR Sabah kekal konsisten dalam perjuangan reformasi dan keadilan untuk rakyat Sabahz


“Sementara STAR terus berubah-ubah pendirian demi kepentingan politik semasa. Apa yang Sabah perlukan adalah kestabilan dan prinsip, bukan oportunis,” katanya.

Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page