top of page

Cadangan Komuniti MADANI akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan pejabat PM – Fahmi

  • nabalunews
  • Jul 21, 2024
  • 1 min read

21 Julai 2024


CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) akan memanjangkan cadangan Komuniti MADANI kepada Kementerian Kewangan dan pejabat Perdana Menteri.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata cadangan itu diambil ketika sesi Permukiman Komuniti MADANI bersama kementeriannya dengan kira kira 2,000 ahli komuniti itu di sini, hari ini.


“Mereka ada menyampaikan beberapa pandangan termasuk aspek perlaksanaan Budi MADANI dan ada yang menyatakan mereka perlu sedikit bantuan terutama di kawasan FELDA atau pedalaman bagi kenderaan yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM), jadi mereka memerlukan sedikit bantuan.


“Kedua, ada juga yang menyampaikan beberapa pandangan berkaitan isu peruntukan bagi Komuniti MADANI, ini pun kita ambil maklum, saya telah minta Ketua Pengarah JAPEN Julina Johan untuk mengumpulkan dan kita akan panjangkan ke Kementerian kewangan dan Pejabat Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini.


Dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, acara turut dibanjiri hampir 9,000 pengunjung hadir bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.


Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Kita MADANI X HKHM yang merangkumi aktiviti pameran perkhidmatan dan keusahawanan, kerjaya, pendidikan, kesihatan, persembahan patriotik, seni budaya, hiburan dan aktiviti interaktif kenegaraan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page