CADANGAN NAIKTARAF JALAN TOMIS-TIONG-LOKOS-KOTUNUAN LAMA-WASAI DALAM RMKe-12CADANGAN NAIKTARAF JALAN TOMIS-TIONG-LOKOS-KOTUNUAN LAMA-WASAI DALAM RMKe-12
top of page
  • nabalunews

CADANGAN NAIKTARAF JALAN TOMIS-TIONG-LOKOS-KOTUNUAN LAMA-WASAI DALAM RMKe-12



12 Nov 2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan telah mengangkat permohonan projek cadangan menaiktaraf Jalan Tomis Tiong Lokos – Kotunuan Lama – Wasai, Tuaran fasa 2 dan Jalan Bukit Fasal, Tuaran bagi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Dato’ Henry Sum Agong berkata, kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE-JPM) dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.


Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau bertanya bilakah kementerian akan menaik taraf melalui peruntukan Peruntukan Dan Belanja Jalan Luar Bandar (JALB) bagi Jalan Sinulihan, Jalan Wasai, Jalan Kitapol, Jalan Giuk, Jalan Gonipis, Jalan Poturidong, Jalan Mongkonihab, Jalan Rungus Nahaba, Jalan Togop dan Jalan Tiong Monggis di kawasan Parlimen Tuaran, pada persidangan Dewan Rakyat.


Dalam soalan tambahan Madius turut bertanya kepada Henry jika sedar dan tahu bahawa jalan raya di luar bandar tidak diberi keutamaan berbanding lebuh raya bertingkat di bandar-bandar besar.


“Adakah Yang Berhormat sedar dan tahu bahawa di Malaya ini terdapat lebih 32 lebuh raya bertingkat sehinggakan rakyat tidak tahu apakah singkatan nama-nama lebuh raya tersebut seperti MEX, DUKE, SPRINT, LATAR, PLUS, KESAS, LEKAS dan pelbagai lagi.


“Akan tetapi di negeri Sabah, rakyat terpaksa berhadapan dengan kemudahan yang begitu teruk. Setiap kali hujan sahaja, ada sahaja tanah runtuh dan kerajaan negeri terpaksa berbelanja untuk membuka tanah runtuh tersebut.

“Persoalan saya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya untuk memastikan supaya pihak kerajaan akan dapat memperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan raya ini daripada jalan merah kepada di-asphalt, naik taraf.

“Ini kerana ia punya kadar peruntukan hanyalah lebih kurang RM2 juta untuk satu kilometer, bukan pun banyak sangat. Akan tetapi tidak diberi keutamaan. Jalan yang diberi keutamaan adalah lebuh raya bertingkat.


“Jadi ini persoalan saya fikir Yang Berhormat juga dari luar bandar, dari Lawas juga tahu dan sedar ini bahawa peruntukan untuk luar bandar tidak diberi keutamaan selama ini,” katanya


Menjawab soalan tambahan itu, Henry mengakui sebagai wakil rakyat dari kawasan luar bandar, beliau sangat maklum tentang keperluan-keperluan di luar bandar.

“Bagi tahun hadapan, kita mempunyai peruntukan di bawah bajet yang agak besar dan saya menyarankan agar mana-mana cadangan jajaran jalan yang belum tersenarai di dalam RMKe-12 khususnya, sila kemukakan keperluan tersebut kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai senarai keutamaan dan pihak kementerian akan meminta JKR membuat semakan kos sebelum diangkat kepada pihak UPE, JPM bagi kelulusan pelaksanaan,” ujar beliau.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page