Carlye dilantik pengerusi ALPH Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Carlye dilantik pengerusi ALPH Kota Belud


1 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Bekas juruteknik khidmat sokongan di Hospital Queen Elizabeth 1 Carlye Lajimin dilantik Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Kota Belud sesi 2023-2026.


Manakala Timbalan Pengerusi disandang oleh Ramlan Ujud, Setiausaha Azhrie Jenaim dan Jaipin Yasap (Bendahari).


ALPH yang lain ialah Modily Bangali, Masdi Madri, Masnali Santem, Johnny @ Lyon Gilong, Abdul Manaff Abu Bakar, Punjungan Mustapah dan Abdul Hafiz Mustadi.


Watikah pelantikan semua ALPH Kota Belud itu disampaikan dalam majlis ringkas di Hospital Kota Belud, pada Selasa lalu.


Pada majlis ini, hanya tujuh orang dilantik dan 13 orang lagi sedang menunggu watikah pelantikan.


Antara tugasan dan fungsi sebagai ALPH adalah sebagai penghubung antara hospital dan komuniti, mengadakan lawatan ke hospital, memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital, serta melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti.


Carlye yang juga Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pernah berkhidmat di hospital sebelum berkecimpung dalam politik dan kini kembali lagi ke hospital Kota Belud sebagai ALPH.


Beliau berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk mengalas tugas ini dan berjanji menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pihak hospital Kota Belud.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page