Cathelline Johan Sugandoi KDCA Kota Belud, Bawa Pulang RM2,000
- nabalunews
- 9 hours ago
- 1 min read

17 Mei 2026
Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD: Cathelline Anne Justin muncul sebagai johan Pertandingan Sugandoi Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Peringkat Daerah Kota Belud 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 trofi serta hamper. Kejayaan itu membolehkan beliau mewakili daerah ini ke peringkat negeri di Hongkod Koisaan, Penampang pada akhir bulan ini sempena Pesta Kaamatan KDCA 2026.
Pertandingan yang berlangsung di Kadamaian Square, Taginambur, pada jumaat lalu itu disertai 10 peserta akhir. Raimon Rajak dinobatkan sebagai naib johan dengan hadiah RM1,500 trofi dan hamper, manakala tempat ketiga milik CC Natasha Roger yang membawa pulang RM1,000 trofi serta hamper. Barisan juri diketuai oleh Andrew Peninting @ Apai.
Sementara itu, bagi pertandingan Sodop Unduk Ngadau, juara kategori Best Video Can dimenangi oleh Jeaneth Wijis. Kategori Tati Tohinuud dimenangi Ivy Olivia Lanting, Tati Tosuau dimenangi Carla Ewen Duitin, dan Tati Topiodo dimenangi Merald Huminodun Murice.

Dalam kategori pakaian tercantik (Bangkad Tolumis), Jestina Silly muncul sebagai pemenang dengan rekaan daripada December Teo. Manakala Tati Kaanangan menjadi milik Althea Tan Pin Yan.
Gloria Elfira Ewon bertindak sebagai ketua juri bagi bahagian busana.
Majlis ini disempurnakan oleh Carlye Lajimin bagi pihak Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2026, Peter Jiton, Pengerusi Penyelaras KDCA Kota Belud, Charles Kimpui Dalinsing, pemimpin komuniti serta orang ramai yang hadir memberi sokongan.















Comments