China akan adakan pameran sains, teknologi di Sabah
14 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr. Mohd Arif Mohd Arif, mengumumkan bahawa China akan mengadakan pameran bertemakan "Alami Inovasi Berilhamkan Sains" di Sabah pada tahun ini.
Beliau menyatakan bahawa pameran itu akan diadakan setelah perjanjian memorandum persefahaman (MoU) diantara kerajaan negeri dan China ditandatangani untuk tempoh satu hingga tiga tahun.
Ini merupakan satu berita baik kerana kita tahu bahawa China mempunyai kemajuan yang ketara dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.
"Bahan pameran akan dibawa ke Sabah selepas kita selesai membincangkan dan menandatangani perjanjian, dan antara bahan yang akan dipamerkan termasuk 50 bahan sains dan teknologi yang akan dipaparkan di Perpustakaan Tanjung Aru.
"Ini sangat penting dan bermanfaat kepada masyarakat, khususnya golongan pelajar di Sabah," jelasnya selepas menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Huang Shifang di pejabatnya pada Isnin.
Arifin turut mengatakan bahawa pihaknya akan mempertimbangkan untuk membawa pameran ke daerah lain seperti Tawau dan Sandakan untuk menarik minat masyarakat untuk mendalami bidang sains, teknologi, dan inovasi.
"Kita juga merancang untuk memasang kubah planetarium setinggi 6 meter dan memerlukan ruang seluas antara 9,000 hingga 10,000 kaki persegi bagi membolehkan kita melihat simulasi angkasa lepas.
"Dengan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada China kerana bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian ini," katanya.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah, Setiausaha Tetap, Datuk Zainudin Aman dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Maria Chong.
Comments