Chung Hwa Aramaiti 2026 – Bina Keyakinan, Hayati Tradisi
- nabalunews
- 1 hour ago
- 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 2 Julai – Program Chung Hwa Aramaiti 2026 yang berlangsung di Dewan OKK Haji Annuar, SJKC Chung Hwa Kota Belud semalam berjaya memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga sekolah menerusi pelbagai pertandingan kebudayaan dan persembahan artistik.
Program yang bertemakan "Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan" (Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian) – selari dengan tema rasmi Pesta Kaamatan 2026 peringkat negeri Sabah – itu menyaksikan penyertaan hangat daripada murid Tahap 1 dan Tahap 2 dalam empat kategori pertandingan utama iaitu busana tradisional, nyanyian (Sugandoi), serta membuat rantai manik (Tinunturu Karo).
Guru Besar SJKC Chung Hwa, Chin Nyok Yen @ Evolyn, dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah dan AJK PIBG atas sokongan, komitmen dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.

Beliau menegaskan bahawa sokongan padu daripada semua pihak menjadi pemangkin kejayaan program sekolah dan inspirasi kepada seluruh warga CHKB.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan menekankan bahawa kalah menang adalah adat pertandingan, namun yang lebih penting ialah murid-murid dapat mempelajari dan menghayati tradisi serta membina keyakinan diri.
Tiga pertandingan utama mencatatkan keputusan berikut:
Pertandingan Podokoton Tolingkang (Busana Tradisional):
Bagi kategori Sukod Wagu Awantang (lelaki) Tahap 1, juara dimenangi oleh Aldrich Evan Samuel diikuti Romeo Callen Stanley di tempat kedua. Tahap 2 menyaksikan Edrickh Leandroz L Asmara muncul juara, manakala Riordan Adonis Stanley dan Raiden Giggs Stanley masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Untuk kategori Sumandak Ginggiliton Tolumis (perempuan) Tahap 1, juara ialah Cheviniya Hilary, diikuti Alexxia Ruth Kallizo (naib juara) dan Abigail Joyce Jameson (tempat ketiga). Tahap 2 pula dimenangi oleh Shenely Nevalyia Serenus Kimpun, dengan Alexandra Emery Samuel di tempat kedua dan Ashofar Nia Tantony di tempat ketiga.
Pertandingan Nyanyian (Sugandoi):
Tahap 1 menyaksikan David Michelson Rihzueh muncul juara, Vexter Airellrizqi naib juara, dan Aurell Jezlyn Jeremy Bronson di tempat ketiga. Tahap 2 pula dimenangi oleh Einstein Edilson Rihzueh, diikuti Daeshiah Avy Denise Pasqual (naib juara) dan Khairiz Quezikry bin Mohd Khairil (tempat ketiga).
Pertandingan Membuat Rantai Manik (Tinunturu Karo):
Tahap 1 dimenangi oleh Jasmen Lim Qiao Ying, dengan Leona Nathania Ronoel di tempat kedua dan El'ty Veventty Will Tan di tempat ketiga. Tahap 2 menyaksikan Edrickh Leandroz L Asmara meraih juara, diikuti Dylan Chiu Tze Jian (naib juara) dan Arthur Larry Liaw (tempat ketiga).
Program turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan Koir Sekolah Chung Hwa, The Valley Voices, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Naib Johan Koir Genta Suara Peringkat Negeri Sabah 2026.
Kehadiran padu ibu bapa, guru-guru dan kesemua murid Sekolah Chung Hwa menjadikan program ini berlangsung meriah dan penuh bermakna. Penganjur berharap semangat kerjasama dan perpaduan ini akan terus menjadi teras kepada kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.















Comments