CIS Sumbang Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan, Petugas Kesihatan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

10 Mac 2026
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS), menyumbang 30 kotak bungkusan kuih raya kepada pasukan barisan hadapan khususnya yang menjaga keselamatan dan petugas kesihatan negeri Sabah pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Pengerusinya, Datuk Japlin Akim menyampaikan 30 kotak sumbangan kuih hari raya bernilai RM22,000 itu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu pada hari ini.
Beliau berkata, sumbangan ini adalah merupakan salah satu program tanggungjawab sosial CIS sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan dan anggota barisan hadapan yang ada di Sabah ini.

"Mereka ini terpaksa bertugas pada musim perayaan ini demi keselamatan kita semua, manakala pasukan hadapan kesihatan memastikan semua perkhidmatan dalam keadaan bersiap sedia setiap masa ketika orang lain bersuka ria menyambut hari raya.
"Jasa dan bakti mereka dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat amat-amat dihargai," katanya selepas penyerahan bungkusan kuih raya, hari ini.
Menurut Japlin, CIS berharap sumbangan ini dapat menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri dalam kalangan anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan yang bertugas, di samping menzahirkan penghargaan atas jasa serta komitmen mereka kepada negeri dan negara.
“Sebagai syarikat yang komited terhadap pembangunan komuniti, CIS akan terus menyokong pelbagai inisiatif kemasyarakatan melalui pelaksanaan program CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat di Sabah,” katanya.
Pada majlis yang sama, Hajiji turut menerima keperluan raya yang disumbangkan oleh kementerian, jabatan dan GLC sebelum menyerahkannya kepada 15 pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan.















Comments