Cita-cita ‘Kemakmuran Bersama’ RMK12 tidak tercapai jika masalah air Sabah tidak selesai: Madius Cita-cita ‘Kemakmuran Bersama’ RMK12 tidak tercapai jika masalah air Sabah tidak selesai: Madius
top of page
  • nabalunews

Cita-cita ‘Kemakmuran Bersama’ RMK12 tidak tercapai jika masalah air Sabah tidak selesai: Madius



1 Okt 2021


KUALA LUMPUR: Cita-cita ‘Kemakmuran Bersama’ dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tidak akan tercapai sekiranya isu seperti masalah bekalan air di Sabah tidak diselesaikan.


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, masalah itu semakin meruncing dihadapi penduduk di kawasan Parlimen Tuaran, Parlimen Sepanggar, Parlimen Penampang, Parlimen Kota Kinabalu, Parlimen Putatan dan pelbagai lagi kawasan lain di Sabah.


“Penduduk di puluhan taman-taman perumahan seperti Taman Seri Rugading, Taman Telipok Ria, Taman Putrajaya, Bandar Siera dan sebagainya mengeluh setiap hari kerana masalah sumber air sehinggalah Loji Rawatan Telibong 2 siap pada tahun 2023.


“Mereka hanya menerima air dari jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi. Dan saya ingin maklumkan bahawa 22 daripada 84 Loji Rawatan Air di Sabah sudah lapuk dan tidak berfungsi sepenuhnya.


“Malah ‘Non Revenue Water (NRW)’ di Sabah mencecah 52% iaitu tertinggi di Malaysia. Tuaran ingin bertanya kepada Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU), apakah 22 Loji Rawatan Air ini telah diberi peruntukan? Apakah tindakan untuk mengatasi 52% NRW tersebut?”


Madius berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perbahasan RMK12 di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini, semalam.


Menurutnya, hal keperluan asas seperti masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik dan masalah jalan raya sudah banyak kali dibangkitkan.


“Masalah bekalan air di Sabah begitu besar. Ia ditadbir oleh Jabatan Air, manakala di Semenanjung Malaysia hal ehwal bekalan air ditadbir oleh sebuah suruhanjaya.


“Saya ingat apabila ditadbir jabatan, pegawai-pegawai di jabatan sana (Jabatan Air) hanya memikirkan bagaimana mahu mencuri duit. Terbukti dengan skandal dahulu, dimana jutaan ringgit disembunyikan di dalam ‘aisbook’ dan sebagainya sehingga tahun ini masih tiada penyelesaian.


“Bagi saya untuk menyelesaikan masalah ini, Jabatan Air Sabah dibuat transformasi menjadi sebuah Suruhanjaya. Yang Berhormat Kinabatangan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri dan menetri bertanggungjawab terhadap air ini telah mencadangkan ini dan kita menyokong,” tegasnya.


Ujar Madius, persoalannya sama ada perkara tersebut dibicangkan oleh pihak EPU dalam perancangan RMK12 atau sebaliknya.


“Apabila kalau betulah, sampai RM2 bilion kos yang dibayar kepada perunding dalam merangka RMK12 ini, apakah perkara ini telah dibincang?


“Sekiranya masalah air di Sabah tidak diselesaikan, saya fikir cita-cita kemakmuran itu tidak tercapai,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page