CITF lenyapkan keraguan terima vaksin CovidCITF lenyapkan keraguan terima vaksin Covid
top of page
  • nabalunews

CITF lenyapkan keraguan terima vaksin Covid


Yangan ketika menerima suntikan vaksin dos pertama.

28 Ogos 2021


TENOM : Perasaan ragu yang menghantui petani, Acho Balang, 60, sejak sebulan lalu, kini lenyap setelah mendapat maklumat di kaunter program jangkauan luar Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).


Acho yang berasal dari Kg Baru Jumpa Tenom didaftarkan sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera oleh anaknya perempuannya, Jenefer Acho, 36, menggunakan telefon pintar miliknya.

Acho (kiri) ketika disapa oleh Nadzerah (kanan) selepas selesai menerima suntikan vaksin.

“Sebelum ini, saya ragu dengan vaksin, risau adakah ia benar-benar selamat tetapi hari ini saya mulai yakin selepas mendengar penjelasan doktor yang bertugas dan vaksin ini memang penting untuk melindungi diri dan keluarga.

Kamiah teruja menerima vaksin tersebut.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang memberi vaksin kepada kami sekeluarga dan sekarang saya hanya menunggu tarikh temu janji untuk vaksin dos kedua,” ujarnya dengan lega ketika disapa oleh Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah.


Rakan sekampung Acho, Kamiah Basir, 71, juga dilihat gembira selepas menerima doa pertama vaksin jenis Sinovac di Dewan Gereja Kg Baru Jumpa, hari ini.


"Saya mendapatkan tidur dengan cukup, bersarapan pagi dan minum air yang banyak sebelum menerima vaksin atas nasihat kawan-kawan.


"Apabila disuntik tadi, saya rasa lebih tenang sebab vaksin ini sangat penting untuk diri dan keluarga saya," ujarnya.


Berbeza dengan Acho, penerima vaksin sama, Yangan Kapong, 63, dari Kg Sugiang Baru Kemabong teruja menunggu giliran divaksinasi.


“Selepas mendapat tahu tentang program outreach CITF ini, saya rasa sangat teruja sebab vaksin penting untuk menghindarkan diri kita daripada wabak Covid-19,” katanya dengan ceria.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page