Covid: 1,369 kes baharu di Sabah, 12 kes kematianCovid: 1,369 kes baharu di Sabah, 12 kes kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Covid: 1,369 kes baharu di Sabah, 12 kes kematian



10 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini meningkat iaitu dari 1,369 kes kelmarin kepada 1,383 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 96,465 kes.


Sebanyak 12 kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu lima kes di Tawau, tiga kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Keningau, Telupid, Kota Kinabalu dan Tenom.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu dan semua daerah berada dalam Zon Merah.


"Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes baharu tertinggi dengan 326 kes, diikuti, Tawau (168 kes), dan Sandakan (138 kes).


"Manakala lima daerah merekod jumlah kes harian melebihi 50 kes, iaitu Beaufort (65 kes), Kota Belud (66 kes), Keningau (79 kes), Penampang (80 kes) dan Tuaran (92 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah dengan 749 kes bersamaan 54.16 peratus daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


"Daerah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau mencatatkan kes saringan kontak rapat yang tertinggi pada hari ini dengan 169 kes di Kota Kinabalu, 93 kes di Tawau, 70 kes di Sandakan dan 56 kes di Keningau.


"Selebihnya, saringan bergejala merekodkan 322 kes, saringan kluster merekodkan 111 kes, saringan bersasar pula sebanyak 73 kes dan saringan lain-lain kes merekodkan sebanyak 128 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


"Sebanyak 1,064 kes daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, 19 kes dalam Kategori 3, 12 kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam kategori 5.


“Bagi kategori 1 dan 2, pesakit tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC. Manakala Kategori 3 hingga 5 merupakan pesakit yang memerlukan perhatian dan perlu dimasukkan ke dalam hospital,” katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 919 menjadikan jumlah kumulatif 83,490 orang.


“Seramai 4,542 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,083 orang di hospital, 3,405 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 50 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala empat orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 142 orang dan 72 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page