Covid-19: 1,356 kes baharu direkodkan hari ini, 35 kematian
19 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Sabah terus merekodkan trend penurunan jangkitan pada hari ini dengan 1,356 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 185,577 kes.
Bagaimanapun, jumlah kes kematian pada hari ini telah merekodkan peningkatan kes kematian kepada 35 kes, iaitu 14 kes kes di Sandakan, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Keningau, dua kes di Putatan dan Lahad Datu manakala Kunak, Ranau, Tawau, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, hanya tiga daerah sahaja yang merekodkan 100 kes ke atas pada hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 220 kes, Lahad Datu (122 kes), dan Sandakan (112 kes).
“Manakala daerah-daerah lain merekodkan 100 kes ke bawah dan Sipitang merekodkan jumlah kes terendah iaitu sebanyak tujuh kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada keseluruhan kes hari ini iaitu sebanyak 766 kes, diikuti saringan bergejala sebanyak 380 kes, 11 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (199 kes).
"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 933 kes, diikuti Kategori 1pula sebanyak 337 kes, Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 pula masing-masing sebanyak sembilan kes.
“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh hari ini pula sebanyak 1,912 menjadikan jumlah kumulatif 160,414 orang,” katanya.
Seramai 4,106 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,408 orang di hospital, 2,589 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 100 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 213 orang merangkumi 165 di unit rawatan rapi serta 48 di kubikel akut, dan 72 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Comments