COVID-19: 136 KES BAHARU DIREKODKAN DI SABAH, 2 KES KEMATIANCOVID-19: 136 KES BAHARU DIREKODKAN DI SABAH, 2 KES KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: 136 KES BAHARU DIREKODKAN DI SABAH, 2 KES KEMATIAN



23 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 136 kes baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,378 kes pada hari ini dan dua kes kematian direkodkan hari ini di Lahad Datu dan Putatan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah keseluruhan kes tersebut, 79 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 19 kes dari saringan bergejala, 22 kes dari kluster sedia ada serta 16 kes lagi adalah dari lain-lain kategori.



“Tawau terus mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 32 kes, diikuti Kota Kinabalu (23 kes), Lahad Datu (16 kes), Putatan dan Papar masing-masing 12 kes, dan Penampang (11 kes).


"Manakala Tuaran pula mencatatkan lapan kes, Sandakan (tujuh kes), Kunak (lima kes), Semporna (tiga kes), Kalabakan dan Beaufort masing-masing dua kes, serta satu kes direkodkan di Kinabatangan, Kota Marudu dan Tenom.


“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini dan Sipitang, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, seramai 49 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,710 orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. tan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page