COVID-19: 190 KES POSITIF BAHARU DIREKODKAN DI SABAH HARI INICOVID-19: 190 KES POSITIF BAHARU DIREKODKAN DI SABAH HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: 190 KES POSITIF BAHARU DIREKODKAN DI SABAH HARI INI



27 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 190 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 68,767 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 190 kes jangkitan baharu hari ini, 75 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 57 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, 21 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini dengan 38 kes, diikuti Kudat (34 kes), Kota Belud (23 kes), Tawau dan Sandakan masing-masing dengan 12 kes, Beaufort dan Keningau masing-masing dengan 11 kes, Putatan dan Kalabakan masing-masing dengan sembilan kes dan Kota Marudu sebanyak lapan kes.


"Manakala Penampang merekodkan enam kes, Tuaran (lima kes), Kuala Penyu (empat kes), Lahad Datu (tiga kes), Kunak (dua kes), serta satu kes masing-masing direkodkan di Papar, Tongod dan Nabawan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Sebanyak sembilan daerah mencatatkan sifar kes Beluran, Telupid, Kinabatangan, Semporna, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.


"Zon Hijau kekal kepada dua daerah namun, dengan jumlah catatan sebanyak 99 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP.


Berkenaan jumlah kes sembuh Masidi berkata, seramai 151 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 66,681 orang.


“Seramai 1,407 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 431 orang di hospital, 965 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala sembilan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 67 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page