COVID-19: 287 KES BAHARU DI SABAH, TIGA KEMATIANCOVID-19: 287 KES BAHARU DI SABAH, TIGA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: 287 KES BAHARU DI SABAH, TIGA KEMATIAN



4 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 287 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat 84 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,306 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga kes kematian direkodkan hari ini di Tawau.


Beliau berkata, daripada jumlah kes jangkitan baharu hari ini, 152 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 18 kes saringan kluster, 54 kes saringan bergejala, 52 kes saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.


“Terdapat 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala tiga lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat 44 kes (+34), Kunak 39 (+34) dan Lahad Datu 28 kes (+18).


“Empat daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Papar (12 kes), Nabawan dan Semporna masing-masing enam kes dan Keningau dua kes.


“Bagaimanapun terdapat lapan daerah di negeri ini mencatatkan penurunan kes pada julat satu angka.,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, enam daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Tongod, Pitas, Sipitang, Tenom dan Tambunan.


“Trend kes pada hari ini menunjukkan peningkatan setelah mengalami penurunan selama dua hari berturut-turut. Hanya tiga daerah yang masih mengekalkan status Zon Hijau.


“Sebanhak 154 kes daripada saringan Kontak Rapat menunjukkan kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan,” katanya.


Beliau berkata, keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik Covid-19 sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.


Mengenai jumlah pesakit sembuh, beliau berkata, hari ini sebanyak 246 jumlah pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 60,612 orang.


“Mankala 1,674 orang pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 477 orang di hospital, dan 1,196 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page