• nabalunews

COVID-19: 352 KES BAHARU DI SABAH, 649 KES SELURUH NEGARA


29 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes baharu daripada jumlah keseluruhan 649 kes, yang dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,087 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan dua warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba dari negara, Indonesia, India dan Filipina,” katanya.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes di Sabah, sebanyak 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson; 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 127 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.