Covid-19: 43 kematian, 1,273 kes baharu direkodkan di Sabah hari iniCovid-19: 43 kematian, 1,273 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Covid-19: 43 kematian, 1,273 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini


24 Sept 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Walaupun Sabah mencatat trend penurunan yang ketara dalam kes Covid-19 hariannya, sebanyak 43 kes kematian direkodkan hari ini iaitu peningkatan sebanyak 35 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata sebanyak 13 kes kematian direkodkan di Sandakan manakala lima kes di Tawau, empat kes masing-masing di Lahad Datu dan Penampang, dua kes masing-masing di Kota Kinabalu, Tuaran, Kalabakan dan Putatan, dan satu kes masing-masing di Ranau, Pitas, Telupid, Kunak, Nabawan, Kota Belud, Keningau, Semporna dan Kota Marudu.


Menurutnya, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam di mana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.


Bagi kes jangkitan baharu pula, sebanyak 1,273 kes direkodkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 192,224 kes.


"Secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan penurunan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 14 daerah mencatatkan penurunan dan 13 daerah mencatatkan peningkatan kes.


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 784 kes manakala saringan bergejala mempunyai 368 kes, lapan daripada saringan kluster, lima kes dari saringan bersasar dan 108 kes melalui saringan lain-lain," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Manakala, Masidi berkata bilangan pesakit sembuh ialah 2,519 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan jumlah kumulatif 168,823 orang.


"Seramai 3,661 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,320 orang di hospital, 2,278 orang di PKRC Awam, 56 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 161 orang merangkumi 145 di ICU serta 16 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 58 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan."


Tiada Kluster Covid-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page