COVID-19: 62 DARIPADA 230 KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA - KP KESIHATANCOVID-19: 62 DARIPADA 230 KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA - KP KESIHATAN
top of page
  • nabalunews

COVID-19: 62 DARIPADA 230 KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA - KP KESIHATAN



27 OKTOBER 2020


PUTRAJAYA: Sebanyak 30 peratus atau 62 kluster COVID-19 daripada 230 kluster yang dilaporkan di Malaysia sejak permulaan pandemik itu adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata sebanyak 70 peratus pula adalah susulan pengesanan aktif dan kontak dalam kalangan komuniti yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO).


Beliau berkata sehingga hari ini terdapat 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu hari ini iaitu kluster Lintas di Sabah dan kluster Limbungan di Labuan.


Dr Noor Hisham merakam penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta, bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan warga kerja.


"Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan terhadap pekerja membolehkan pengesanan kes positif yang tidak bergejala dalam kalangan warga kerja dan seterusnya membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera," katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page