SABAH CATAT 82 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, MENURUN 78 KESSABAH CATAT 82 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, MENURUN 78 KES
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 82 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, MENURUN 78 KES



23 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 82 kes baharu Covid-19 menurun sebanyak 78 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,406 kes dan dua kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu kes di daerah Tawau dan satu di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, majoriti kes pada hari ini adalah berpunca dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak 53 kes, 14 kes dari saringan bergejala, 10 kes dari kluster sedia ada serta lima kes dari lain-lain kategori.


“Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi harian iaitu sebanyak 34 kes diikuti oleh Sandakan (14 kes), Kota Kinabalu (10 kes), Lahad Datu (lapan kes), Papar (tujuh kes), dan Kunak (lima kes).


“Manakala daerah Kinabatangan, Tuaran, Putatan, dan Kuala Penyu masing-masing mencatatkan satu kes positif baharu.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Semporna, Kota Belud, Kalabakan, Nabawan, Ranau, Kudat, Beluran, Beaufort, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah sebanyak 184 orang menjadikan jumlah kumulatif 55,774 orang.


Katanya, seramai 970 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 311 orang di hospital, 647 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 12 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 56 orang dan 20 orang orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page