top of page

COVID-19: 900 KES PULIH, LEBIH TINGGI DARIPADA 834 KES POSITIF BAHARU

nabalunews

2 Nov 2020

PUTRAJAYA: Jumlah kes pulih COVID-19 hari ini mengatasi angka kes positif baharu dengan 900 kes pulih dilaporkan, berbanding kes baharu sebanyak 834 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,968 kes, selain 23,120 kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.

Daripada jumlah kes positif itu 831 adalah kes penularan dalam negara, manakala tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

“Kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 503, Selangor (129), Labuan (105) Pulau Pinang (21), Kuala Lumpur (20), Negeri Sembilan (16), Sarawak (14).

“Manakala Johor sebanyak lapan kes, Putrajaya (6), Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Kelantan (2) dan Pahang (1),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 91 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan, dan dua kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah 251 kes. – Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page