Covid-19: 949 kes baharu direkodkan hari ini, enam kes kematianCovid-19: 949 kes baharu direkodkan hari ini, enam kes kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: 949 kes baharu direkodkan hari ini, enam kes kematian



4 Ogos 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun sedikit kepada 949 kes, iaitu penurun 61 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 88,848 kes. Sebanyak enam kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu masing-masing dua kes di Kota Kinabalu dan Tawau manakala satu kes di Papar dan Sipitang. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu dan Zon Merah Covid kekal 24 daerah. "Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi harian hari ini iaitu sebanyak 260 kes direkodkan hari ini, diikuti Tawau (138 kes), Tuaran mencatat (102 kes), Beaufort (62 kes), dan Tuaran (58 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, saringan kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi kes baharu iaitu dengan 570 kes bersamaan dengan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini. "Daerah Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan mencatatkan kes saringan kontak rapat yang tinggi iaitu sebanyak 178 kes di Kota Kinabalu, 105 kes di Tawau dan 56 kes di Sandakan. "Walaupun kes daripada saringan bergejala juga semakin bertambah pada hari ini iaitu sebanyak 201 kes, saringan kluster pula merekodkan 74 kes, saringan bersasar (49 kes) dan saringan lain-lain kes (55 kes).

"Memandangkan saringan bergejala adalah tinggi iaitu 21.18 peratus daripada kumulatif harian, adalah amat disarankan agar mereka yang mengalami selesema dan batuk segera membuat ujian swab bagi menentukan status kesihatan masing-masing," katanya. Dalam pada itu,91.68 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 268 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 602 kes sekadar mengalami simptom ringan. “Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 413 menjadikan jumlah kumulatif 79,205 orang. “Seramai 4,508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 994 orang di hospital, 3,458 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 48 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 117 orang dan 45 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page