• nabalunews

COVID-19: AZIZAN OSMAN CERITA PENGALAMAN HAMPIR MAUT



28 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi terkenal Datuk Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19.


Menerusi hantaran itu beliau menceritakan detik-detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, dan beliau menyifatkan situasi itu bagaikan diberi peluang kedua untuk terus hidup.


“COVID hampir meragut nyawa saya! 1.44pm, Jumaat 15 Jan - Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19,” katanya menerusi hantaran itu.


“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal... tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus, hanya gunakan mesin (mesin pernafasan) untuk terus survive (hidup) dan fight (berjuang) dengan otak, emosi dan diri,” tambahnya.


Beliau yang merupakan pengasas syarikat RichWorks berkata 31 anggota keluarganya juga dijangkiti COVID, malah ibu mentuanya telah meninggal dunia akibat virus itu.


Azizan berkata berkat doa dan kata-kata semangat dari anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja serta anak-anak didiknya, beliau kembali beransur pulih.


Menurutnya pandemik itu memberikan kesan kritikal kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam negara, terutama terhadap mereka yang tidak berkemampuan. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com