COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI LAHAD DATU DAN KALABAKANCOVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI LAHAD DATU DAN KALABAKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI LAHAD DATU DAN KALABAKAN



21 Jan 2021

Oleh Anne Sham


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, melibatkan daerah Lahad Datu dan Kalabakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu ialah Kluster Ladang Sebrang, Lahad Datu dan Kluster Silimpopon Kalabakan.


Beliau berkata, Kluster Ladang Sebrang, mencatatkan sembilan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 21 kes.


“Kes indeks dikesan melalui saringan bergejala pada 9 Januari di Klinik Kesihatan Silabukan, Lahad Datu.


“Saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 20 kes positif Covid-19 berjaya dikesan di kilang memproses sawit itu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Silimpopon, Kalabakan juga melibatkan industri perladangan dengan lima kes dikesan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29 kes.


“Kes indeks merupakan pekerja buruh di sebuah syarikat perladangan di Silompopon dan disahkan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 6 Januari 2021 di klinik swasta.


“Saringan kontak rapat dan tempat kerja pula mendapati 28 lagi kes positif. Saringan kontak rapat masih giat dijalankan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page