• Wartawan Nabalu News

COVID-19: HAMPIR KESELURUHAN KES BAHARU HARI INI, DI SABAH


31 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Hampir keseluruhan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara pada hari ini adalah di Sabah

Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes atau 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 659 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya sehingga 31 Oktober (hari ini) pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 659 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,051 kes.

Beliau berkata, sebanyak 137 kes (20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dan pusat tahanan sementara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Kepayan (26 kes) dan Kluster Rumah Merah (111 kes).

“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah pada hari ini, 205 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 121 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com