Covid-19: Hampir semua kes baharu di Sabah hari ini ‘kes ringan’Covid-19: Hampir semua kes baharu di Sabah hari ini ‘kes ringan’
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Hampir semua kes baharu di Sabah hari ini ‘kes ringan’


5 November 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Lebih daripada 97 peratus daripada jumlah keseluruhan (554) kes Covid-19 di Sabah hari ini adalah di dalam kategori kes yang dianggap ‘kes ringan’ dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 101 orang adalah dikategorikan di dalam Kategori 1, dan 438 di dalam Kategori 2. Manakala bagi Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 juga masih mencatatkan jumlah yang rendah iaitu empat orang di dalam Kategori 3, dan Kategori 4 serta Kategori 5 dua orang. Sebanyak tujuh kes masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). “Jumlah keseluruhan kes baharu bagi Sabah pada hari menunjukkan penurunan yang agak ketara iaitu 554 kes, penurunan sebanyak 101 kes berbanding jumlah semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 220,775 kes. “Namun, hanya satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Ranau,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini. Jelas beliau, lebih banyak daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes daripada daerah yang mencatatkan pertambahan kes. “Kota Kinabalu merekodkan pertambahan kecil dan daerah yang mencatat jumlah kes paling tinggi 76 kes di Sabah hari ini. “Walau bagaimanapun 72 daripada kes tersebut adalah kes-kes daftar lewat antara dua hingga tiga hari selepas keputusan saringan diketahui dan empat kes lagi melebihi 3 hari,” jelasnya.. Bagi bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 482 orang, menjadikan jumlah kumulatif 209,432 orang. Manakala sebanyak 1,887 pesakit masih sedang menerima rawatan iaitu 760 orang di hospital, 1,115 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 12 orang di Pusat Tahanan Sementara. “Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 77 orang merangkumi 74 di ICU serta tiga di open ward kubikel akut dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Selain itu, bilangan pesakit stage empat dan lima masih belum lengkap vaksin ialah 88 atau 41.31 peratus.

bottom of page