Covid-19: Jumlah jangkitan di Sabah dijangka akan stabil
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Jumlah jangkitan di Sabah dijangka akan stabil


17 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata keadaan kes Covid-19 di Sabah juga semakin stabil dengan 69 kes baharu dicatatkan hari ini.


Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan hari ini.


“Daerah Kota Kinabalu mencatat 20 kes (+8), manakala 18 daerah lain di Sabah merekodkan kes baharu satu angka, di mana 12 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan satu atau dua kes baharu sahaja. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di lapan daerah.


“Risiko jangkitan sporadik masih tinggi. Hari ini hampir 58 peratus semua kes baharu adalah melalui jangkitan sporadic,” kata Masidi.


Bagaimanapun, penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu juga membawa risiko jangkitan daripada luar negeri.


“Tetapi adalah diharapkan protokol kesihatan bagi semua penumpang antarabangsa serta standard operasi prosuder (SOP) yang berkuatkuasa akan dapat mengawal risiko jangkitan tersebut.


Dalam pada itu, seramai 65 orang daripada 69 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dan dua (2) orang dalam Kategori 4

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page