Covid-19: Jumlah kes baharu di Sabah pada hari ni kekal di bawah paras 100
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Jumlah kes baharu di Sabah pada hari ni kekal di bawah paras 100


20 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah masih di bawah paras 100 kes dan tidak banyak berubah daripada jumlah kelmarin.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu pada hari ini ialah 83 kes, iaitu pertambahan empat kes berbanding semalam.


“Keadaan di semua daerah kekal stabil. Sebanyak 13 daerah merekodkan pertambahan jumlah jangkitan baharu berbanding sembilan (9) daerah yang mencatatkan penurunan kes.


“Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat penurunan 13 kes tidak ada perubahan angka yang signifikan di daerah-daerah lain, samada bertambah atau berkurangan.


“Manakala lima daerah mencatatkan jumlah yang sama seperti jumlah kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu Masidi juga mengingatkan bahawa kadar jangkitan sporadik masih tinggi dan hari ini, iaitu 54.2 peratus daripada semua kes baharu.


Mengulas lanjut, beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak lalai dalam mematuhi standard operasi prosedur (SOP).


“Kejayaan kita melawan pandemik banyak bergantung kepada sikap masyarakat sendiri,” katanya.


Semantara itu, dua daerah mencatatkan kes baharu dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 13 kes (-13) dan Sandakan 10 kes (+4).


“Sebanyak 16 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dengan 13 daripada daerah-daerah tersebut mencatat antara satu hingga lima kes baharu.


“Tidak ada kes baharu di sembilan (9) daerah iaitu Tambunan, Kuala Penyu, Telupid, Sipitang, Pitas, Beaufort, Tongod, Kalabakan dan Putatan.


“Seramai 80 orang daripada 83 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan seorang (1) pesakit dalam Kategori 5. Tidak ada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3,” tambah Masidi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page