• Wartawan Nabalu News

COVID-19: JUMLAH KES BAHARU DI SABAH SEMAKIN MENURUN


28 DIS 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah sejak beberapa hari ini menunjukkan penurunan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata pada Sabtu lalu, Sabah mencatatkan kes baharu sebanyak 248 kes, Ahad (186 kes) dan hari ini sebanyak 157 kes.


“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes covid-19 di Sabah sebanyak 36,231 kes dan satu kes kematian direkodkan di Kota Kinabalu, hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan, 79 kes (50.3 peratus) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 50 kes (31.8 peratus), saringan kluster-kluster sedia ada 17 kes (10.8 peratus) dan 11 kes adalah dari lain-lain kategori.


Beliau berkata, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 46 kes, diikuti Penampang (28 kes), Sandakan dan Papar masing-masing 19 kes, Tawau (11 kes), Putatan dan Lahad Datu masing-masing sembilan kes, Kota Belud (empat kes), Semporna (tiga kes), Tuaran, Tenom dan Sipitang masing-masing dua kes, Kalabakan, Beluran dan Kinabatangan masing-masing satu kes.


“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu hari ini. Tambunan dan Nabawan kekal sebagai zon hijau Covid-19,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com