Covid-19: Jumlah kes baharu menurun kepada 1,844 kesCovid-19: Jumlah kes baharu menurun kepada 1,844 kes
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Covid-19: Jumlah kes baharu menurun kepada 1,844 kes



6 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini telah menurun kepada 1,884 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 161,265 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kes kematian yang direkodkan kekal tinggi iaitu sebanyak 31 kes kematian telah dilaporkan hari ini.


"Daripada jumlah kematian yang dilaporkan, lapan kes di Kota Kinabalu, enam kes Sandakan, tigakes di Kota Marudu, dua kes di Tawau dan Penampang manakala Semporna, Tuaran, Kalabakan, Beluran, Keningau, Kinabatangan, Telupid, Puatan, Papar dan Kunak masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi Covid iaitu sebanyak 343 kes, diikuti Sandakan dan Tuaran masing-masing sebanyak 234 kes, Penampang (116 kes) dan Tawau (115 kes).


"Berdasarkan jumlah keseluruhan kes hari ini, 715 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 145 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari, dan 132 kes adalah yang didaftar lewat melebihi 5 hari selepas tarikh keluar keputusan.


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,104 kes atau bersamaan 59.9 peratus manakala, 536 kes adalah daripada saringan bergejala, 77 kes daripada saringan kluster, satu kes daripada saringan bersasar dan 126 kes dari saringan lain-lain kes," katanya.


Menurut Masidi, 119 kes di Kota Kinabalu hari ini berpunca daripada saringan bergejala, begitu juga di Sandakan (86 kes), Tawau (43 kes) dan Penampang (36 kes).


Tambah beliau, pesakit dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 kekal dalam paras yang dianggap tinggi.


"Hari ini pesakit dalam Kategori 1 adalah sebanyak 464 kes, Kategori 2, (1,252 kes), Kategori 3 dan Kategori 4 masing-masing sebanyak 12 kes dan Kategori 5 sebanyak 10kes.


"Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 3,506 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 130,818 orang.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 191 orang merangkumi 124 di unit rawatan rapi serta 67 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 81 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page