COVID-19: JUMLAH KES KUMULATIF DI SABAH 37,294 KES

1 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini adalah sebanyak 254 kes, meningkat 45 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,294 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan 50 kes, Lahad Datu (47 kes), Tawau (43 kes), Penampang (22 kes), Sandakan (17 kes).
“Keningau mencatatkan sebanyak sembilan kes, Kota Belud dan Papar masing-masing lapan kes, Kudat (tujuh kes), Tuaran, Putatan dan Kalabakan masing-masing enam kes, Sipitang dan Kota Marudu masing-masing lima kes.
“Kinabatangan dan Kunak masing-masing tiga kes, Tambunan, Semporna dan Kuala Penyu masing-masing dua kes, Pitas, Ranau dan Beluran masing-masing satu kes.
“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Beaufort, Tenom, Telupid, Tongod dan Nabawan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daripada 254 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 165 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (43 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (sembilan kes), saringan komuniti (dua kes), dan 35 kes dari lain-lain kategori.
Beliau berkata, seramai 239 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,873 orang.
“Sejumlah 1,724 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 633 orang di hospital dan 1,091 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 59 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Kommentare