Covid-19: Kes baharu Covid terus menurun, 497 kes hari iniCovid-19: Kes baharu Covid terus menurun, 497 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes baharu Covid terus menurun, 497 kes hari ini


18 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 baharu di Sabah menurun kepada 497 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 210,557.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata tidak ada daerah yang merekodkan kes tiga angka dan hampir semua daerah merekodkan kes di bawah paras 50.


“Hanya Kota Kinabalu sahaja yang merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 71 kes ,” katanya dalam kenyaatan media hari ini.


Menurut beliau, kes-kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi iaitu sebanyak 33.2 peratus manakala daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


“Manakala kes daripada saringan kontak rapat juga tinggi iaitu sebanyak 291 kes direkodkan hari ini, justeru dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.


Bilangan pesakit yang berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 iaitu mereka yang hanya mengalami simptom ringan atau tidak ada simptom sama sekali walaupun dijangkiti virus COVID-19 juga adalah tinggi iaitu sebanyak 95.2 peratus atau 473 kes daripada jumlah keseluruhan kes.


“Ini menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin jelas terbukti. Bilangan pesakit dalam Kategori 3 cuma empat kes, satu kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5,” katanya.


Dari segi kes kematian, sebanyak lima kes dilaporkan hari ini iaitu dua kes di Tambunan dan masing-masing satu kes di Keningau, Nabawan dan Kunak.


Bilangan kes sembuh hari ini juga adalah lebih tinggi daripada kes baharu iaitu sebanyak 947 orang menjadikan jumlah kumulatif 199,410 orang.


“Manakala 2,118 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 844 orang di hospital, 1,258 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.


“Seramai 106 orang pesakit memerlukan penjagaan kritikal ialah merangkumi 99 di ICU serta tujuh di kubikel akut dan 35 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page