COVID-19: KES BAHARU DI KOTA KINABALU NAIK MENDADAKCOVID-19: KES BAHARU DI KOTA KINABALU NAIK MENDADAK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES BAHARU DI KOTA KINABALU NAIK MENDADAK


MASIDI MANJUN

3 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Daerah kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 341 kes berbanding daerah-daerah lain di Sabah, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan mendadak jumlah kes positif di Kota Kinabalu disebabkan Kluster Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

“Seperti yang diramal sebelum ini, jumlah kes positif bagi kawasan Kota Kinabalu akan naik mendadak dalam beberapa hari kerana Kluster Pusat Tahanan Sementara, Menggatal.

“Hari ini, ia menjadi kenyataan apabila 229 daripada 341 kes baharu di Kota Kinabalu datang daripada kluster ini iaitu 67.2 peratus.


"Sementara itu, kes positif bagi Kluster Penjara Kepayan juga bertambah 42 kes lagi pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daerah kedua yang mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi pada hari ini ialah Tawau sebanyak 135 kes, diikuti daerah Tuaran (48 kes), Sandakan (34 kes), Semporna (19 kes), Putatan dan Lahad Datu masing-masing 18 kes.

“Papar dan Keningau masing-masing Sembilan kes, Kudat (lapan kes), Kinabatangan (enam kes), Kota Belud (empat kes), Tongod (tiga kes), Kota Marudu, Telupid dan Beluran masing-masing dua kes, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang masing-masing satu kes.

“Daerah Pitas, Kunak, Ranau, Tenom, Tambunan dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini,” katanya.

Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini di Sabah adalah sebanyak 678 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 16,873 kes.

“Kes kematian sebanyak 12 kes iaitu Sembilan di Kota Kinabalu, masing-masing satu di Kudat, Tawau dan Sandakan.

“Pada hari ini, seramai 549 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital dan PKRC,” katanya.

Katanya lagi, seramai 3,139 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 695 orang di hospital dan 2,444 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 79 orang manakala 21 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page