COVID-19: KES BAHARU DI SABAH MENINGKAT 73 KES BERBANDING KELMARINCOVID-19: KES BAHARU DI SABAH MENINGKAT 73 KES BERBANDING KELMARIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH MENINGKAT 73 KES BERBANDING KELMARIN



29 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19, di Sabah, hari ini sebanyak 230 kes meningkat sebanyak 73 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 36,461 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 136 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (43 kes), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada (20 kes), saringan kendiri (tujuh kes) dan lain-lain kategori sebanyak 24 kes.


“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 53 kes baharu, Tawau (33 kes), Lahad Datu (28 kes), Penampang (26 kes), Tambunan (19 kes), Papar dan Kunak masing-masing 11 kes, Kota Belud (10 kes).


“Sandakan dan Putatan masing-masing Sembilan kes, Kalabakan (lima kes), Tuaran (empat kes), Semporna dan Keningau masing-masing tiga kes, Beluran dan Ranau masing-masing dua kes, Kinabatangan dan Telupid masing-masing satu kes baharu.


“Daerah Tenom, Sipitang, Kudat, Kuala Penyu, Beaufort, Kota Marudu, Putas, Tongod dan Nabawan tiada kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini seramai 215 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,253 orang.


“Sejumlah 1,535 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 599 orang di hospital dan 936 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 56 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page