Covid-19: Kes baharu di Sabah meningkat lagi melepasi angka 200Covid-19: Kes baharu di Sabah meningkat lagi melepasi angka 200
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes baharu di Sabah meningkat lagi melepasi angka 200



30 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah meneruskan trend peningkatan sehingga 226 kes, sekali gus melepasi paras angka 200.


Tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua di Penampang manakala masing-masing satu kes di Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tambunan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka pada hari ini dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi 46 kes, diikuti Tuaran 37 kes, manakala lapan daerah lain mencatatkan kes antara 10 hingga 18 kes.


“Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya tiga daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.


“Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi berbanding jumlah semalam, masing-masing dengan +17 kes dan +14 kes.


“Ranau adalah satu-satunya daerah yang menunjukkan penurunan kes baharu yang dianggap signifikan iaitu -12,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, seramai 221 orang daripada 226 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan juga seorang dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian JKNS.


Beliau berkata, seluruh daerah di negeri ini mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 116 kes daripada Saringan Kontak Rapat.


“Ini dapat disimpulkan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page