Covid-19: Kes baharu turun kepada 1,533 kes, angka terendah sejak Ogos laluCovid-19: Kes baharu turun kepada 1,533 kes, angka terendah sejak Ogos lalu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes baharu turun kepada 1,533 kes, angka terendah sejak Ogos lalu



17 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINBALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 1,533 kes iaitu angka terendah yang direkodkan sejak 11 Ogos lepas menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 182,826 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 22 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu enam kes di Sandakan, tiga kes di Keningau, dua kes masing-masing di Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Tawau manakala Beaufort, Kota Belud, Kota Marudu, Papar dan Pitas masing-masing mencatatkan satu kes.

Menurut Masidi, kebanyakaan daerah menunjukkan penurunan kes pada hari ini dan hanya empat daerah yang merekodkan 100 kes ke atas iaitu Kota Kinabalu dengan 269 kes, Lahad Datu (114 kes), Tuaran (108 kes) dan Ranau (100 kes).


“Manakala daerah-daerah lain merekodkan 100 kes ke bawah dan Kalabakan merekodkan jumlah kes terendah iaitu sebanyak lima kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada keseluruhan kes hari ini iaitu sebanyak 852 kes, diikuti saringan bergejalan sebanyak 473 kes, 73 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (135 kes).


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 963 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 534 kes, Kategori 3 sebanyak lima kes, Kategori 4 (tujuh kes) dan Kategori 5 (lapan kes).

“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh hari ini pula sebanyak 3,300 menjadikan jumlah kumulatif 156, 727 orang,” katanya.

Seramai 4,226 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,473 orang di hospital, 2,641 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 105 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 189 orang merangkumi 143 di unit rawatan rapi serta 46 di kubikel akut, dan 62 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page