Covid-19: Kes covid di KK kekal tinggi 617 kesCovid-19: Kes covid di KK kekal tinggi 617 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes covid di KK kekal tinggi 617 kes



27 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABAU: Sabah merekodkan 3,010 kes baharu Covid-19 hari ini dengan Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah sebanyak 617 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah-daerah lain yang merekodkan 100 kes ke atas hari ini ialah Penampang (390 kes), Sandakan (284 kes), Tawau (219 kes), Papar (198 kes), Tuaran (175 kes), Lahad Datu (146 kes) dan Putatan (135 kes).


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,782 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


“Manakala saringan bergejala merekodkan 946 kes, saringan kluster dengan 37 kes, saringan bersasar (8 kes) dan saringan lain-lain kes (237 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 1,206 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 213 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 482 kes adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.


"Sejumlah 2,943 atau 97.77 peratus pesakit adalah daripada Kategori 1 dan Kategori 2 dengan pecahan sebanyak 759 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 2,184 kes daripada Kategori 2.


"Bagi Kategori 3 pula sebanyak lapan pesakit, satupesakit dalam Kategori 4 dan 15 pesakit dalam kategori 5 serta 43 kes masih dalam siasatan lanjut," katanya.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,331 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 106,512 orang.


“Seramai 4,904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,398 orang di hospital, 3,436 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 54 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 16 orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 272 orang dan 76 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page