Covid-19: Kes harian turun kepada 562 kes, angka terendah setakat iniCovid-19: Kes harian turun kepada 562 kes, angka terendah setakat ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes harian turun kepada 562 kes, angka terendah setakat ini



10 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan kes harian jangkitan Covid-19 yang signifikan pada hari ini iaitu kepada 564 kes berbanding 761 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 205,516 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes masing-masing di Papar dan Keningau manakala Kinabatangan, Semporna dan Sandakan masingmasing mencatatkan satu kes kematian

Tambahnya, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.


"Trend penurunan kumulatif harian yang agak besar hari ini adalah sejajar dengan penurunan kes yang lebih banyak di beberapa daerah.


“Sejumlah 18 daerah mencatat penurunan dan lapan daerah mencatatkan peningkatan kes, serta satu daerah kekal dengan catatan sebagaimana semalam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daripada jumlah kes jangkitan yang direkodkan hari ini, 83 kes adalah pesakit dalam Kategori 1, Kategori 2 (443 kes), Kategori 3 (empat kes), dan tiga kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.


"Saringan kontak rapat merupakan penyumbang utama kes harian iaitu 57.3 peratus bersamaan 322 kes, diikuti saringan bergejala sebanyak 191 kes dan saringan lain-lain sebanyak 49 kes,” katanya.


Sementara itu, bilangan pesakit sembuh pada hari ini ialah 700 orang termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan jumlah kumulatif 191,822 orang.


Manakala 2,488 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,002 orang di hospital, 1,473 orang di PKRC Awam, sembilan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara manakala empat orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 114 orang merangkumi 107 orang di ICU serta tujuh orang di kubikel akut dan 47 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page