COVID-19: KES KEMATIAN DI ARGENTINA MELEPASI 29,000COVID-19: KES KEMATIAN DI ARGENTINA MELEPASI 29,000
top of page
  • nabalunews

COVID-19: KES KEMATIAN DI ARGENTINA MELEPASI 29,000


27 OKTOBER 2020


BEIJING: Argentina pada Isnin mencatatkan 406 lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 29,301, menurut Kementerian Kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Kementerian juga melaporkan 11,712 kes baharu menjadikan bilangan keseluruhan 1,102,301 dengan 909,586 pemulihan.

Di Bogotta, Colombia dilaporkan jumlah jangkitan sudah mencecah 1,025,052 dan 9,167 kes baharu didaftarkan dalam 24 jam lalu, kata pihak berkuasa kesihatan. 


Sementara itu, 194 lagi kematian dilaporkan menjadikan seramai 30,348 orang meninggal dunia setakat ini manakala 924,044 orang sembuh.

Di New Zealand pula melaporkan satu kes import baharu dengan tiada kes tempatan baharu direkodkan pada Selasa, memetik laman web mengenai pengasingan kendalian kerajaan.

Kes import itu melibatkan individu yang tiba dari London melalui Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada taklimat media.


Kes disahkan di New Zealand sehingga kini berjumlah 1,585 dan bilangan kes aktif kekal pada 68 selepas tujuh pesakit pulih, kata Bloomfield.

Di Los Angeles, negeri paling padat di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan jangkitan COVID-19 melebihi 300,000 dan jumlah kematian mencecah 7,000. 

"Hari ini, Kesihatan Awam telah mengesahkan lapan kematian dan 861 kes baharu," kata Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles dalam satu kenyataan sambil menambah jumlah korban mencapai tahap membimbangkan dengan 7,000 kematian dan 300,614 kes positif.


Di Brazil pula 15,726 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan  jumlah keseluruhan sebanyak 5,409,854, kata kementerian kesihatan.

  Seramai 263 lagi meninggal dunia menyaksikan virus maut itu sudah meragut keseluruhan 157,397 nyawa. 

Sao Paulo menjadi negeri paling teruk diancam dengan 38,753 kematian dan 1,092,843 kes dilaporkan.  - Bernama

bottom of page