• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES POSITIF BAHARU DI SABAH TURUN KEPADA 57 KES, 1 KEMATIAN



3 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 57 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 58 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58, 372 kes dan satu kes kematian dicatatkan di Kunak.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 57 kes, sebanyak 28 kes (49.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (15.8%) saringan bergejala, 17 kes (29.8%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (5.3%) dari lain-lain kategori.


“Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 20 kes, diikuti Kota Kinabalu (14 kes), Kalabakan (lapan kes), Kunak dan Lahad Datu masing-masing empat kes.


"Penampang mencatatkan tiga kes, manakala Tuaran, Putatan, Kota Belud dan Beluran masing-masing satu kes.


“Daerah-daerah lain yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Kinabatangan, Sandakan, Papar, Semporna, Nabawan, Telupid, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort, Ranau, Kudat, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 106 menjadikan jumlah kumulatif 57,064 orang.


Katanya lagi, seramai 652 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 257 orang di hospital dan 395 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.