top of page
Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER BAHARU, KLUSTER KUALA PUNTEH KENINGAU CATAT 25 KES




5 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, dikenali sebagai Kluster Kuala Punteh di daerah Keningau berkaitan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan penambahan tujuh kes menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-9 sebanyak 25 kes.



"Kes indeks dikesan melalui saringan pra kemasukan ke hospital di salah sebuah pusat perubatan di Keningau pada 26 Februari lalu.


"Hasil penelitian, kes indeks mendapat jangkitan daripada ahli keluarga serumah yang telah menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina (11 Februari), sambutan Chap Goh Mei (26 Februari) dan berkumpul sempena menuai padi yang bermula pada 14 Februari," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, aktiviti saringan kontak rapat masih giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Keningau.


Comentarios


bottom of page